Covid-19: Risiko jangkitan di IPT lebih besar berbanding sekolah - Utusan Malaysia

Covid-19: Risiko jangkitan di IPT lebih besar berbanding sekolah

TINA TAJUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Masyarakat diminta agar tidak menyamakan keputusan menangguhkan kemasukan pelajar baharu di semua institusi pendidikan tinggi (IPT) ekoran peningkatan kes Covid-19 dengan sesi pembelajaran yang diteruskan di sekolah.

Exco Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera Malaysia, Tina Tajuddin berkata, keputusan itu berbeza dari segi situasi mahupun jumlah pelajar terlibat.

Katanya, walaupun keputusan itu mendapat pelbagai reaksi namun ia dilihat sebagai pendekatan proaktif untuk mengurangkan penularan wabak itu dalam komuniti.

“Pada dasarnya, kita melihat bagaimana jika jumlah pelajar tidak terkawal, walaupun kita tahu mereka ini adalah orang yang matang, mampu menjaga diri dan tahu SOP (prosedur operasi standard).

“Namun, kebarangkalian risiko dijangkiti tinggi kerana jumlah pelajar yang ramai, jauh lebih besar daripada pelajar sekolah, ini risiko yang kita tidak mahu ambil,” katanya dalam sidang akhbar di Taj International College di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, peningkatan kes Covid-19 di penjara dalam kalangan tahanan patut dijadikan contoh di mana ia boleh terjadi dalam kalangan pelajar IPT sekiranya kemasukan bagi sesi Oktober diteruskan.

“Kalau kita lihat jumlah dijangkiti Covid-19 yang paling tinggi berada dalam keadaan ramai dan tertutup seperti penjara. Kes ini boleh disamakan dengan situasi yang bakal terjadi sekiranya tiada tindakan proaktif diambil,” katanya.

RAZMAN ZAKARIA

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, dari segi pandangan umum mungkin ada yang mempertikaikan kenapa sesi persekolahan tidak ditangguh sebaliknya keputusan itu hanya melibatkan IPT.

Menurutnya, ini kerana keadaan persekitaran di sekolah dan IPT dan sekolah berbeza iaitu sekolah terdiri dari kalangan komuniti setempat.

Beliau berkata, jika berlaku kes jangkitan di sekolah seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini, hanya sekolah itu ditutup untuk mengelak jangkitan.

“Namun di IPT, para pelajar datang dari seluruh negara yang menjadikan risiko jangkitan Covid-19 lebih besar berbanding di peringkat sekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya