Pegawai Maritim Malaysia Terengganu, anak maut motosikal dinaiki dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Pegawai Maritim Malaysia Terengganu, anak maut motosikal dinaiki dirempuh kereta

ORANG ramai menyaksikan mayat dua beranak, Md. Firdaus Omar dan anaknya, Muhammad Lutfi Al-Hadi yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Perumahan Mega, Gong Badak, Kuala Nerus semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan anaknya maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Gong Badak berhampiran Taman Perumahan Mega di sini semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Leftenan Maritim Md. Firdaus Omar, 35, dan anak sulungnya, Mohamad Lutfi Al-Hadi, 8, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami. 

Mangsa yang bertugas di Pejabat Maritim Malaysia Terengganu difahamkan menunggang motosikal untuk menghantar anaknya ke kelas mengaji yang terletak berdekatan rumah mereka di Gong Badak. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan berkata, ketika di lokasi kejadian motosikal Honda Vario dinaiki dua beranak itu dirempuh sebuah Proton Preve ketika keluar dari persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak sejauh beberapa meter,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, mayat Md. Firdaus dan anaknya, Muhammad Lutfil Al-Hadi  dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Katanya, pemandu kereta Proton Preve berusia 38 tahun yang cedera ringan turut dirawat di unit kecemasan hospital sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya