Kereta meluru rempuh dinding bank - Utusan Malaysia

Kereta meluru rempuh dinding bank

KERETA Honda City dipandu wanita berusia 53 tahun merempuh dinding kaca sebuah bank di Jalan Tun Ismail, Kuantan dalam kejadian 9.15 pagi hari ini. - FOTO/MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Suasana di sebuah bank di sini kecoh apabila kereta jenis Honda City secara tiba-tiba merempuh dinding kaca premis tersebut hari ini. 

Kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi di Jalan Tun Ismail itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan orang awam termasuk pemandunya yang merupakan wanita berusia 53 tahun.

Ekoran kejadian itu, beberapa keping gambar mula tular dalam Facebook sejak pagi ini dan menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna laman sosial berkenaan. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kejadian itu berpunca daripada  kecuaian pemandu yang terpijak pedal minyak secara tidak sengaja.

“Wanita itu adalah kakitangan bank terbabit. Dia hadir untuk menghadiri mesyuarat di bank itu. 

“Apabila sampai di tempat kejadian, wanita berkenaan tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan kereta itu bergerak dan merempuh dinding kaca,” katanya di sini hari ini. 

Ujar Mohamad Noor Yusof, wanita itu bersama pengurus bank telah membuat laporan di Balai Trafik Daerah sejurus selepas kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya