Mayat lelaki berulat ditemui dalam semak - Utusan Malaysia

Mayat lelaki berulat ditemui dalam semak

KEADAAN mayat seorang lelaki yang berulat ditemui orang awam di simpang jalan berhadapan Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat ditemui dalam semak di simpang jalan berhadapan Pantai Cahaya Negeri, dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima laporan penemuan mayat lelaki tanpa pengenalan diri itu kira-kira pukul 4.31 petang daripada orang awam. 

Katanya, mayat terbabit ditemui orang awam ketika membuang air kecil di kawasan semak berkenaan. 

“Berdasarkan keadaan mayat ketika ditemui, mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh beberapa hari. 

“Butiran mayat tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tambahnya, tiada unsur jenayah dikesan dan mayat telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. 

“Pihak polis juga meminta mana-mana individu yang kehilangan saudara-mara untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.