Hannah Yeoh sahkan Lembaga Pengampunan bersidang esok, enggan komen isu tahanan rumah Najib - Utusan Malaysia

Hannah Yeoh sahkan Lembaga Pengampunan bersidang esok, enggan komen isu tahanan rumah Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat pukul 8.30 pagi esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan perkara itu tetapi enggan memperincikan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Hannah juga tidak menjawab ketika ditanya sama ada mesyuarat itu akan membincangkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

“Ya saya boleh sahkan esok 8:30 pagi ada mesyuarat pengampunan.

“Kita telah dipanggil dan itu sahaja setakat ini yang saya boleh berikan kepada anda semualah,” katanya diminta mengesahkan mengenai Mesyuarat Lembaga Pengampunan esok,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Fasa Kelapan Program Mamogram Percuma Etiqa Dengan Kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×