Peratus keluar mengundi cecah 18.22 peratus setakat 10 pagi

Peratus keluar mengundi cecah 18.22 peratus setakat 10 pagi

ORANG ramai hadir menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC);Chung Hua, Rantau, Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Peratus keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 setakat pukul 10 pagi ini mencatatkan 18.22 peratus.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, seramai 156,678 daripada keseluruhan 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang merekodkan peratus keluar mengundi tertinggi iaitu 21.5 peratus, diikuti Seri Menanti (21.4 peratus) dan Chennah (21.1 peratus).

Sementara itu, DUN Lukut merekodkan peratus keluar mengundi terendah iaitu 15.7 peratus, diikuti Gemas (16.3 peratus) dan Chuah (16.7 peratus).

Sebagai perbandingan, pada PRN Negeri Sembilan Ke-15 pada 2023, peratus keluar mengundi setakat waktu sama ialah 18.12 peratus dengan 151,867 daripada 838,200 pengundi telah keluar mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×