'Ada sesuatu yang tak kena dalam kerjasama BN-PH'

‘Ada sesuatu yang tak kena dalam kerjasama BN-PH’

Kerjasama BN-PH
KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Subang, di Shah Alam, malam tadi. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Ada sesuatu yang tak kena dengan kerjasama Barisan Nasional (PH) bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Persekutuan.”

Demikian dakwaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyatakan kesan daripada itu rakyat menghantar isyarat kepada kerajaan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada minggu lalu.

“Kita sudah beri peluang kepada PH selama empat tahun dan kerjasama kita terpaksa duduk dalam Kerajaan Persekutuan pada hari ini, ada sesuatu yang tak kena dengan kerjasama kita. Bukan sikit tetapi banyak.

“Ini amaran pertama, sudah banyak kali kita cakap jangan sentuh itu, jangan sentuh ini. DAP jangan cakap macam itu, Nga Kor Ming jangan cakap macam ini. Tetapi cakap juga, kita tak ada pilihan.

“Ini adalah amaran pertama bagi (PRN) Negeri Sembilan, kalau tak lekat juga, Melaka jadi amaran kedua. Amaran ketiga masa PRU (Pilihan Raya Umum) kita lanyak habis-habisan,” ucapnya pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Subang, malam tadi.

Malah, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan, UMNO kini bukan sekadar ‘jaguh kampung’ apabila mampu meraih sokongan dalam kalangan pengundi di bandar.

Menurut Khairy Jamaluddin, UMNO perlu meyakinkan anak-anak orang Melayu di bandar boleh mempunyai masa depan yang baik .

“Lebih 80 peratus penduduk di Malaysia termasuk orang Melayu duduk di bandar. Kawasan pinggir bandar atau pedalaman, walaupun banyak kawasan tetapi jumlah penduduk semakin kecil akibat penghijrahan orang muda ke bandar.

“Hari ini cabaran berbeza, kita jual impian kepada orang Melayu di kawasan bandar. Penghuni Melayu bandar yang duduk di flat, anak-anak mereka boleh jadi jutawan, jurutera, jurutera kecerdasan buatan (AI). Kalau tak dapat jual, UMNO takkan dapat tempat dalam kalangan orang Melayu di bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN