Saya setuju beri laluan kepada UEC -Anwar - Utusan Malaysia

Saya setuju beri laluan kepada UEC -Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau bersetuju memberikan laluan kepada pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, langkah itu diambil setelah komuniti Cina di negara ini bersetuju menerima syarat-syarat ditetapkan termasuk lulus dengan kredit Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Saya hendak beritahu, memang saya setuju beri laluan kepada UEC. Apa bezanya dengan ucapan saya 30 tahun dahulu, dahulu memang saya tidak bersetuju kerana ada pertembungan, tetapi sekarang keadaan sudah berubah.

“Anak Cina semakin kuasai Bahasa Melayu, ada yang lebih baik, sekiranya dahulu tiada perbincangan. Jadi kalau masyarakat Cina boleh terima syarat tersebut, masyarakat Melayu juga perlu terima dengan baik,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan (PH) Johor di sini, malam ini.

Sementara itu, beliau turut mengulas penubuhan parti-parti politik baharu oleh pemimpin-pemimpin politik tertentu sejak kebelakangan ini.

“Hendak uji sokongan paling utama masa pilihan raya. Parti semakin banyak, setiap minggu ada parti politik baharu, masing-masing ada hak tetapi saya nak tanya apa yang lain dan apa yang isitmewa.

“Ini merupakan satu negara yang penuh cabaran untuk ditadbir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN