SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan mengambil pendirian tunggu dan lihat termasuk soal penggunaan lambang dan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Ketua Penerangannya, Mohd. Nazree Mohd. Yunus berkata, parti itu di peringkat negeri bagaimanapun bersedia untuk apa juga kemungkinan dan hanya menunggu keputusan akhir yang dimuktamadkan oleh kepemimpinan tertinggi parti. “Ia termasuk berkenaan kerusi ataupun logo, bagi kami akhirnya mesti…










