Onn Hafiz faktor sokongan kepada UMNO, BN meningkat - Utusan Malaysia

Onn Hafiz faktor sokongan kepada UMNO, BN meningkat

AHMAD Maslan (dua kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta ketika hadir merasmikan Liga Sukan Komuniti di Stadium Futsal Bandar Baru Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Peningkatan sokongan yang diterima UMNO dan juga Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri ini adalah disebabkan faktor kepimpinan dan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, keperibadian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu bukan berjaya menarik sokongan masyarakat berbilang kaum dan berbeza usia.

Katanya, Johor merupakan antara negeri yang memang mempunyai jumlah keahlian UMNO yang tinggi, sesuai dengan sokongan ditunjukkan terhadap parti itu sejak bergenerasi lalu.

“Generasi baharu kini percaya dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan orang muda iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi

“Selain itu, sifat terbuka UMNO menerima (kembali) tokoh- tokoh seperti Datuk Seri Hishammuddin Husein turut menarik anak muda,” katanya selepas merasmikan Liga Sukan Komuniti di Stadium Futsal Bandar Baru Pontian, di sini hari ini.

Tambah Menteri Kerja Raya itu, kesemua 26 UMNO Bahagian juga memainkan peranan proaktif dalam usaha menarik lebih ramai kemasukan ahli-ahli baharu.

“Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali antara yang paling aktif menambah keahlian baharu di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, parti itu telah menerima hampir 14,000 keahlian baharu dengan Johor merupakan negeri paling tinggi pendaftaran setakat 2 Mei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN