ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan. RUU berkenaan memperoleh majoriti dua pertiga bagi membolehkan pindaan undang-undang negeri dibuat dengan 40 ADUN menyokong manakala 16 lagi menentang. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan RUU itu mencadangkan pindaan Perkara 15 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan memasukkan frasa ‘tidak melebihi…









