Anggap titah sultan mengikat kehidupan rakyat dangkal, mengelirukan

Anggap titah sultan mengikat kehidupan rakyat dangkal, mengelirukan

Titah sultan
MOHAMED SUKRI OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan menyifatkan titah sultan sebagai mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat didakwa sebagai dangkal, mengelirukan dan sengaja untuk menutup isu sebenar.

Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, malah tindakan sedemikian seolah-olah hanya mahu menganggap kewujudan raja sebagai simbol hiasan negara yang sesuai dengan naratif politik mereka.

“Apabila Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri menyatakan pendirian dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama, keharmonian masyarakat dan kepentingan negeri, kenapa masih ada pihak terus mempertikai, memperlekeh dan mempolitikkannya secara terbuka?

“Jangan bercakap tentang Keluhuran Perlembagaan jika adab terhadap Raja Berperlembagaan pun gagal dijaga. Jangan melaungkan rule of law jika peranan raja dalam sistem kenegaraan hanya mahu dihormati ketika memotong reben dan menghadiri istiadat semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua mendakwa kuasa raja secara keseluruhannya di bawah sistem Raja Berperlembagaan diamalkan dj negara ini terhad.

Beliau mendakwa, sistem itu terhad kepada kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berperlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Malah, dalam kenyataan sama beliau Mohamed Sukri menempelak bekas Ahli Parlimen Damansara itu yang didakwanya tiba-tiba menjadi ‘jaguh perlembagaan’ apabila bercakap tentang Rukun Negara ketiga dan keempat.

“Bercakap kononnya tentang ‘Keluhuran Perlembagaan’ dan ‘Kedaulatan Undang-Undang’, tetapi dalam masa yang sama begitu alergik apabila institusi raja menjalankan peranan yang turut dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

“Ini bukan soal taksub. Ini soal adab, prinsip dan menghormati struktur negara yang termaktub dalam Perlembagaan sendiri. Institusi raja bukan rubber stamp. Raja Berperlembagaan adalah tiang seri negara, benteng kestabilan, payung perpaduan dan salah satu asas utama kelangsungan Malaysia,” tegasnya.

Hari ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew supaya datang ke Dataran Selangor dan memahami Rukun Negara.

Baginda bertitah melihat sendiri Plak Monumen Rukun Negara dan menyarankan agar kedua-dua ahli politik dari DAP itu supaya datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk menghayati makna Rukun Negara supaya tahu hormat kepada kedaulatan institusi raja dan menjaga adab kesopanan dan kesusilaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN