20 laporan polis dibuat terhadap Tony Pua oleh Pemuda Pas, Armada

20 laporan polis dibuat terhadap Tony Pua oleh Pemuda Pas, Armada

Tony Pua
HAFIZAN Naimman Jeesin (tengah) bersama pimpinan Armada Bersatu Bahagian menunjukkan laporan polis dibuat terhadap Tony Pua dekat Balai Polis IPD Shah Alam, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua Kiam Wee harus disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 berhubung kebebasan bersuara.

Ini kerana tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara itu mengkritik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menjejaskan institusi raja selain boleh mempengaruhi masyarakat memandang rendah terhadap Majlis Raja-Raja Melayu.

Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada Bersatu) Selangor, Hafizan Naimman Jeesin berkata, Tony Pua sebagai seorang pemimpin politik tidak wajar mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Katanya, lebih buruk apabila kenyataan terbabit menyebabkan institusi raja diheret ke kancah perdebatan awam seterusnya mencetuskan pertikaian terhadap institusi itu yang selama ini amat dihormati.

Pertama, ia mempengaruhi masyarakat untuk memandang rendah dan mempertikaikan kehormatan terhadap titah sultan. Kedua, menjejaskan keharmonian awam dan bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Ketiga, kenyataan itu juga menggalakkan ketegangan dan polemik dalam masyarakat. Akhir sekali saya berharap polis menyiasat kenyataan tersebut mengikut mana-mana undang-undang berkaitan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama pimpinan Armada peringkat bahagian-bahagian di negeri ini hadir ke Balai Polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Tony Pua.

Tambahnya, sehingga kini terdapat beberapa Bahagian Bersatu sudah pun membuat laporan polis seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Shah Alam, Sepang dan Kuala Langat selain negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.

Semalam, bekas wakil rakyat dari DAP itu dilapor mendakwa kuasa raja secara keseluruhannya di bawah sistem Raja Berperlembagaan diamalkan di negara ini terhad.

Beliau mendakwa, sistem itu terhad kepada kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berperlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar ketika dihubungi memberitahu sekurang-kurangnya 12 laporan polis dibuat oleh Pemuda Pas Kawasan.

“Seluruh Pemuda Pas Kawasan sedang bergerak membuat laporan polis ia dimulakan pagi tadi oleh Pas Kawasan Gombak dan Shah Alam terhadap Tony Pua yang biadab terhadap titah sultan.

“Pemuda Pas Shah Alam bersama Dewan Himpunan Pendukung Pas Shah Alam bersama-sama membuat laporan polis. Setakat ini (petang) 12 laporan sudah dibuat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN