PETALING JAYA: Datuk Seri Rafizi Raml ‘terselamat’ daripada cubaan menyingkirkan beliau sebagai Ketua PKR Pandan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) cabang itu yang berlangsung hari ini. Cubaan itu difahamkan kerana bekas Timbalan Presiden PKR itu lantang mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melepaskan jawatan dalam Kabinet sebagai Menteri Ekonomi. Rafizi hanya memperoleh kemenangan tipis apabila 42 ahli cabang mengundi untuk menolak usul memecat atau menggantung beliau…










