PETALING JAYA: Mesyuarat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan menjadi penentu sama ada bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin kekal atau digantikan daripada jawatan Ketua Pembangkang. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan membawakan isu jawatan Ketua Pembangkang ke dalam mesyuarat di kalangan Ahli Parlimen PN yang tarikhnya akan ditentukan kelak. “Perkara ini akan dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat…










