JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan karier politiknya masih belum berakhir sebaliknya masih bergiat aktif sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Bera. Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan berhubung masa depan politiknya akan dibuat apabila tiba masanya kelak. “Saya masih aktif sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian. Tetapi saya sedar tidak lagi aktif dalam arus perdana politik mainstream tanah air. Keputusan berkenaan pilihan raya umum…










