Dua ADUN Bersatu Kelantan dalam ‘radar’ Lembaga Disiplin

Dua ADUN Bersatu Kelantan dalam ‘radar’ Lembaga Disiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berada dalam ‘radar’ Lembaga Disiplin selepas didakwa menyokong Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dibuang daripada parti itu.

Sumber berkata, mengukuhkan lagi dakwaan kedua-dua ADUN tersebut tidak menghadiri Konvensyen Bersatu Kelantan yang berlangsung di Gelanggang Seni, dekat sini, Sabtu lalu.

“Tindakan kedua-dua ADUN itu sudah sampai ke pengetahuan pimpinan Pusat termasuk Lembaga Disiplin.

“Jadi kita lihat apa tindakan yang dikenakan ke atas mereka kerana Bersatu sudah mengeluarkan peringatan supaya tidak berbuat demikian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber itu, sekiranya dipecat kedua-dua wakil rakyat berkenaan dipercayai menjadi ADUN bebas.

Ketika ini, Bersatu mempunyai enam wakil rakyat di DUN Kelantan iaitu Kok Lanas, Gua Ipoh, Ayer Lanas, Bukit Bunga, Kuala Balah dan Paloh.

Terdahulu, Mohd. Azizi Abu Naim telah gugur status sebagai ADUN Nenggiri dari Bersatu selepas bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka sekali gus menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Bersatu Kelantan menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan Pusat menentukan nasib Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor selepas beliau menghadiri taklimat hala tuju bersama Hamzah yang dibuang daripada parti itu.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, tindakan itu secara jelas melanggar arahan dikeluarkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melarang penglibatan wakil rakyat, pemimpin serta ahli-ahli parti itu untuk bersama dalam program tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN