PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia menerima Pas sebagai peneraju Perikatan Nasional (PN) dengan mengambil alih jawatan Pengerusi susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata, beliau tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah memandangkan Pas mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang lebih ramai berbanding parti-parti lain dalam gabungan PN. Katanya, berdasarkan jumlah komposisi Ahli Parlimen yang lebih besar, Pas…










