PETALING JAYA: Seramai 16 daripada 24 Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Subang mengumumkan peletakan jawatan serta menamatkan keahlian parti berkuat kuasa hari ini. Sehubungan itu, Jawatankuasa Bersatu Bahagian Subang serta seluruh jawatankuasa di peringkat cawangan di bawah seliaan bahagian tersebut terbubar serta-merta. Menurut surat bertarikh 21 Februari yang dihantar kepada Setiausaha Agung Bersatu, peletakan jawatan itu dibuat secara kolektif atas dasar tanggungjawab serta pertimbangan bersama. Dalam…










