UMNO mahu tubuh Sayap Digital

UMNO mahu tubuh Sayap Digital

AZALINA Othman Said berucap pada Majlis Peluncuran Simposium Politik Era Digital 2026 sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang berlansung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO berhasrat menubuhkan Sayap Digital bagi membentuk naratif politik dan memperkukuh pengaruh UMNO dalam era digital.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, platform itu dicadang menjadi satu struktur rasmi parti di pelbagai peringkat seiring dengan keperluan landskap politik semasa.

“Kita juga boleh membangunkan pangkalan data pengundi serta menganalisis sentimen melalui pendekatan mikrosasaran (microtargeting) yang boleh diajar kepada ahli parti di peringkat bahagian dan negeri,” katanya.

Azalina berucap pada Simposium Politik Era Digital 2026 anjuran Penerangan UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata, penubuhan sayap digital itu berupaya membantu parti menyelaras jentera, mempengaruhi persepsi awam terhadap UMNO di media sosial.

“Selain itu, ia dapat menggerakkan kempen secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Azalina berkata, latihan berterusan perlu dilaksanakan oleh Penerangan UMNO Pusat bersama Penerangan UMNO negeri kepada ahli-ahli parti bagi menjayakan sayap digital itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN