PETALING JAYA: Tarikh pembubaran awal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka perlu ditetapkan secepat mungkin bagi memastikan momentum Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan negeri itu tidak terjejas. Saintis politik Universiti Sunway, Prof. Dr. Wong Chin Huat berkata, pembubaran awal DUN Melaka sebaik-baiknya diumumkan enam bulan lebih awal untuk membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal agar semua penguatkuasa dan petugas yang akan terlibat membuat persiapan.…










