ADUN digesa giat dekati rakyat hadapi PRN Melaka

ADUN digesa giat dekati rakyat hadapi PRN Melaka

AB Rauf Yusoh memasak gulai kawah untuk diagihkan secara percuma kepada warga Tanjung Bidara untuk juadah berbuka puasa di Masjid As-Salam, Ayer Hitam Darat, Alor Gajah, Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diminta untuk mempergiatkan usaha mendekati rakyat melalui pelbagai program kebajikan menjelang kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 dalam tempoh enam bulan akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diperkenalkan kerajaan negeri perlu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti permasalahan rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira umur atau kedudukan.

“Selain MeSRa, kita turut melaksanakan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di mana semua wakil rakyat kerajaan serta Ahli EXCO negeri turun ke kampung bagi mengenal pasti golongan susah dan mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Dapur Tok Rauf (Gulai Kawah), Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Kasih Ramadan peringkat DUN Tanjung Bidara di Masjid As-Salam, Ayer Hitam Darat di sini hari ini.

Ab Rauf berkata, program WRUR akan diteruskan ke DUN Tanjung Bidara sebelum menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan, susulan penggal DUN ke-15 yang akan berakhir pada 30 Disember depan.

“PRN tetap perlu diadakan tahun ini kerana ia merupakan proses demokrasi yang ditetapkan mengikut tempoh penggal pentadbiran semasa.

“Kerajaan negeri kini menumpukan perhatian kepada pentadbiran dan pembangunan sebelum memasuki tempoh pilihan raya,” katanya. –  UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN