Prinsip saya tidak berganjak walaupun seinci - Dr. Akmal

Prinsip saya tidak berganjak walaupun seinci – Dr. Akmal

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menegaskan prinsip perjuangannya tidak akan berganjak walau seinci.

Katanya, kritikan dan prinsip dua perkara berbeza.

“Kritik selama ini pin saya dikritik dan saya tidak ada masalah malah saya melawan lagi.

“Tetapi prinsip saya tidak akan pernah berganjak walau seinci. Itu bezanya,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata setiap kritikan perlu diterima dan mengelakkan daripada mengambil jalan singkat apabila pihak lain tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Dr. Akmal yang dikritik susulan penganjuran konvensyen khas Pemuda Umno minggu lalu, menyuarakan kesediaan berundur tanpa menyatakan sama ada membabitkan jawatan ketua sayap atau pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam hantaran di Facebook semalam, katanya, mungkin tiba masanya berundur selepas melakukan yang terbaik untuk menyampaikan pesannya dan mencadangkan sebarang kekurangan mungkin terletak pada dirinya.

Akmal dalam konvensyen khas Sabtu lalu menggesa UMNP menarik diri daripada kerajaan perpaduan dan bekerjasama dengan Pas di blok pembangkang atas dakwaan berlaku pelanggaran berulang ‘garis merah’ melibatkan isu 3R-kaum, agama dan raja.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN