Penyatuan Rumah Bangsa: Itu hak UMNO - Fahmi

Penyatuan Rumah Bangsa: Itu hak UMNO – Fahmi

Rumah Bangsa
AHMAD Fahmi Mohamed Fadzil ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Cadangan pembentukan ‘Penyatuan Rumah Bangsa’ oleh UMNO adalah hak parti itu dalam menentukan hala tujunya sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, tindakan tersebut bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

“Itu hak Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO). Tak menjadi satu kesalahan dalam undang-undang negara kita untuk membangkitkan persoalan seperti itu.

“Tetapi, saya juga ambil maklum beberapa parti politik sama ada dengan terang-terangan ataupun secara halus memberi jawapan kepada Presiden UMNO,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Ahmad Zahid dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO, Jumaat lalu dilapor mencadangkan pembentukan kolaborasi agung bagi menyatukan seluruh parti politik Melayu-Islam di negara ini.

Beliau, bagaimanapun berkata, kerjasama agung parti politik Melayu-Islam itu tidak berhasrat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beberapa Gabungan Bukan Kerajaan (NGO) turut menyambut baik usaha tersebut dan menyifatkan ia sebagai langkah terbaik dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Bagaimanapun, Ahmad Fahmi yang juga Menteri Komunikasi meneliti sikap-sikap pimpinan parti politik yang menggunakan perkataan atau ayat tidak wajar.

“Kita lihat ada yang menggunakan perkataan-perkataan seperti ‘syaitan bisu’ dan ‘tidak ada mandat’. Saya nampak itu satu perkembangan yang sedang berlaku dalam politik negara kita,” jelasnya.

Namun tambahnya, sehingga kini belum ada sebarang maklumat tambahan daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN