KANGAR: Tindakan mengosongkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis bakal menyebabkan rakyat di kawasan berkenaan terbiar tanpa wakil rakyat untuk tempoh sekurang-kurangnya selama dua tahun. Perkara itu ditimbulkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, yang mempersoalkan kenapa perlu dibiarkan tiga kerusi tersebut kosong dan keputusan itu tidak ditarik semula oleh Pas Pusat. Katanya, keputusan mengosongkan kerusi berkenaan amat merugikan rakyat dan…










