PETALING JAYA: Kerajaan dicadang meminda Perlembagaan bagi membolehkan pelantikan pengganti dibuat secara automatik sekiranya berlaku kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) disebabkan kematian atau peletakan jawatan penyandang. Langkah itu dapat menyelamatkan berjuta wang negara semata-mata untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan kos antara RM1 juta hingga RM4 juta. Sejak 2022, negara telah mengadakan 13 PRK dengan kos sebanyak RM30 juta. Berdasarkan rekod rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),…










