Aliakbar kekal pembangkang, tidak sertai kerajaan Sabah

Aliakbar kekal pembangkang, tidak sertai kerajaan Sabah

MUHYIDDIN Yasin selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Orang Melayu Kali ke-2 di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan tidak akan akan menyertai kerajaan Sabah dan kekal sebagai pembangkang.

Perkara itu disahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu (SOM), di sini hari ini.

Menurutnya, ia (keputusan) adalah berdasarkan maklumat dibentangkan pada mesyuarat parti yang berlangsung semalam.

“Setahu saya, (berdasarkan) maklumat yang ada, kalau dia Pas dia kekal atas sebagai dia ADUN sahaja dan tidak akan menyertai dalam kerajaan,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, Aliakbar memenangi kerusi DUN Karambunai dengan meraih 7,054 undi dalam pertandingan 11 penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN