KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) didakwa mengelirukan rakyat kononnya parti itu berjaya menyelesaikan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan Sabah dan Sarawak. Datuk Armizan Mohd. Ali yang pernah mengetuai Urus Setia Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, menegaskan bahawa dakwaan Warisan itu bercanggah dengan fakta sebenar. Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu, dakwaan Warisan yang menyelesaikan pindaan tersebut sedangkan…










