‘Wan Saiful perlu henti hentam Bersatu, fokus pada rayuan’

‘Wan Saiful perlu henti hentam Bersatu, fokus pada rayuan’

RAZALI IDRIS (kiri) dan WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhenti menye­rang pimpinan parti, sebaliknya memberi tumpuan kepada pro­ses rayuan selepas dipecat daripada parti itu baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, tindakan berte­rusan Wan Saiful yang dilihat menuding jari dan mempertikai Presiden Bersatu, Tan Sri Muh­yiddin Yassin, hanya akan memburukkan lagi keadaan serta menggugat perpaduan parti.

Menurutnya, kenyataan di­keluarkan bekas Ketua Pene­rangan Bersatu itu bukan sahaja bersifat peribadi, malah seolah-olah cuba menimbulkan perpecahan ketika parti sedang berusaha memulihkan kekuatan dan kestabilan dalaman.

“Pimpinan parti telah mencapai kata sepakat untuk kembali mengukuhkan Bersatu. Malah, Tan Sri Muhyiddin sendiri berlapang dada melupakan isu lama, dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, secara jelas menyatakan soko­ngan penuh terhadap kepimpinan Presiden.

“Sekarang bukan masa me­nuding jari atau menyerang. Jika beliau benar sayangkan parti, hentikan kenyataan terbuka dan beri tumpuan kepada proses rayuan agar dapat kembali berjuang bersama demi kestabilan parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu turut mempersoalkan motif se­benar Wan Saiful yang terus-menerus mengkritik Presiden, menyifatkannya mempunyai agenda tersendiri.

“Apa sebenarnya tujuan dia? Timbalan Presiden pun me­nyo­kong Muhyiddin, jadi kenapa dia masih menghentam? Kalau hendak kembali, tutup mulut dan bantu parti, bukan rosakkan lagi imej,” katanya.

Sebelum ini, Wan Saiful dilaporkan mendakwa sudah tiba masanya Muhyiddin menyerah­kan kepemimpinan kepada tokoh baharu menerusi proses parti, namun kenyataan itu ditolak ramai pemimpin Bersatu yang mahu parti kembali bersatu di bawah satu kepemimpinan.

“Saya rasa pergolakan yang berlaku dalam Bersatu ini ada dua sebab. Satu, Tan Sri Muhyid­din tidak menyedari ataupun tidak boleh menerima hakikat sudah sampai masanya untuk dilepaskan tanggungjawab kepemimpinan kepada orang yang beliau sendiri pilih sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN