PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya memberi tumpuan khusus atau menyasarkan mana-mana parti mahupun pihak-pihak tertentu sepanjang PRN Sabah. Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan membuat aduan secara rasmi kepada SPR atau pihak berkuasa berkaitan sebarang salah laku, kecurigaan atau ketidakpatuhan peraturan dan undang-undang pilihan raya. “Pasukan penguat…










