Kajian semula persempadanan dilakukan selepas pindaan Perkara 46

Kajian semula persempadanan dilakukan selepas pindaan Perkara 46

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan memulakan kajian semula persempadanan selepas pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan dibuat sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 113(3).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) pada 12 September 2025 telah memutuskan secara prinsip bahawa adalah munasabah dan wajar untuk menambah kerusi Dewan Rakyat bagi ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Namun katanya, kaedah pelaksanaan, perincian jumlah serta peratusan pertambahan kerusi perlu diperhalusi bersama Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan kerana ia membawa implikasi besar kepada negeri-negeri lain.

“Penetapan komposisi bilangan kerusi Parlimen terletak di bawah bidang kuasa Parlimen melalui pindaan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan bagi menentukan susunan kerusi Dewan Rakyat.

“Buat masa ini, perkara tersebut memerlukan perbincangan teliti di peringkat teknikal memandangkan ia melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kesan terhadap keseluruhan komposisi Ahli Parlimen,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen.

Beliau menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai langkah kerajaan untuk mengembalikan satu pertiga jumlah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63

Azalina berkata, langkah itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Madani selaras dengan kenyataan Perdana Menteri pada 16 November 2025 yang menekankan semangat kebersamaan serta saling menghormati antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“SPR hanya akan memulakan kajian semula persempadanan selepas pindaan kepada Perkara 46 dimuktamadkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×