KOTA KINABALU: Datuk Jawawi Jaafar tidak berasa malu dan segan meskipun sering berdepan persepsi negatif termasuk digelar sebagai ‘katak politik’ kerana sudah bertukar empat parti dalam tempoh tujuh tahun. Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Malalap itu berkata, perpindahan parti itu bukanlah keputusan peribadi semata-mata, sebaliknya hasil rundingan di peringkat tertinggi antara kepemimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH. “Perundingan itu dibuat di antara Presiden GRS dan Presiden…










