TAWAU: Bekas Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Datuk Rina Jainal menyifatkan penggantungan jawatan dan keahlianya dalam parti, tiga hari sebelum penamaan calon, cubaan sabotaj terhadap karier politik beliau. Menurut penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan itu, ia merupakan keputusan mengejut dan menimbulkan persoalan besar mengenai niat sebenar di sebalik penggantungan pada saat genting menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah). “Saya sendiri terkejut apabila menerima…










