KOTA MARUDU: Rakyat Sabah khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau diminta memilih wakil rakyat yang mudah dan mampu bekerjasama secara langsung dengan kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu adalah bagi mempercepat pembangunan di kawasan tersebut. “Pilih wakil yang boleh runding dengan saya, yang jaga Bandau. Menang saja Zaidi, saya bagi dia tempoh sebulan, senaraikan apa masalah di Bandau. Sebulan atau (sehingga) minggu pertama…










