KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah meletakkan komitmen mengurus dan memastikan pemulangan 40 peratus hak negeri sebagai keutamaan tertinggi dalam manifestonya, yang dilancarkan hari ini. Komitmen itu juga diletakkan sebagai asas utama kepada lapan janji besar, 10 keutamaan dan tujuh agenda pentadbiran yang digariskan bagi memastikan hasil negeri dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang. Pengerusi PH Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya melihat komitmen kerajaan…










