Pemimpin Melayu, pribumi perlu kembali dominan

Pemimpin Melayu, pribumi perlu kembali dominan

Dominan
NOH Omar mempengerusikan mesyuarat ADT MN, di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemimpin parti politik yang berteraskan pribumi diseru membina kesatuan supaya kembali menjadi dominan yang akan memimpin negara.

Ia kerana, perpecahan dalam kalangan pribumi dan umat Islam dianggap kritikal khususnya dalam konteks politik

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar berkata, pribumi sebagai teras tegara perlu memimpin dan perlu dimulakan melalui kesatuan dan perpaduan dikalangan pribumi merentas pemahaman politik.

“MN menyeru semua pemimpin politik berteraskan pribumi agar berikhtiar membina semula muafakat dalam kalangan mereka agar mereka menjadi kelompok dominan yang akan memimpin negara ini dengan adil berteraskan semangat perpaduan dan menjiwai perlembagaan negara.

“MN akan terus memainkan peranan ke arah kesatuan dan akan terus berusaha menyatukan semua parti politik, organisasi atau institusi bukan kerajaan (NGO / NGI) pribumi sehingga terbina gabungan dan muafakat yang kuat, kukuh serta stabil,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) MN, hari ini.

Justeru tambahnya, MN menyokong supaya sebuah konvensyen khas dianjurkan bagi memberi fokus terhadap perlembagaan negara khususnya berkaitan perkara menyentuh kedudukan agama Islam, raja-raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu serta hak semua kaum.

“Kesatuan dan muafakat oribumi mestilah berteraskan konteks masyarakat majmuk dan perpaduan nasional serta mendokong Perlembagaan dan Rukun Negara,” tegasnya.

Malah, Noh yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut menyatakan sokongan sepenuhnya asas dan perjanjian Malaysia 1963 dan komited menunaikan segala yang terkandung di dalamnya.

Katanya lagi, MN juga mendesak kerajaan untuk menyemak semula dan tidak meneruskan Penjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia bersama Amerika Syarikat yang menjejaskan serta menggugat kedaulatanNegara.

“Justeru, MN akan meneruskan usaha penyatuan dan muafakat agar Negara ini terus terbela dan dipimpin dengan adil agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik, stabil serta harmoni tanpa ada sebarang penindasan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN