KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas antara tumpuan utama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila kawasan majoriti pengundi Cina itu kembali dipertandingkan dengan persaingan enam penjuru termasuk seorang calon Bebas. Sejak 2013, Likas dianggap kubu kuat Pakatan Harapan (PH) dan DAP selepas mencatat kemenangan selesa dalam tiga PRN berturut-turut, termasuk keputusan pada 2020 yang menyaksikan parti itu meraih lebih 85 peratus undi. Keputusan ini memberi gambaran sokongan berterusan pengundi…










