SHAH ALAM: Kebebasan media dan hak bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahankan daripada sebarang bentuk tekanan politik atau ugutan terhadap pengamal media. Ketua Penerangan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nurul Syazwani Noh berkata, kuasa politik bukan lesen untuk menekan pemberita, sebaliknya pemimpin harus menunjukkan teladan dengan menghormati peranan wartawan sebagai penyampai maklumat kepada rakyat. Beliau berkata, justeru pihaknya membuat 10 laporan polis secara serentak di…










