KOTA KINABALU: “Kebanyakan wakil rakyat hari ini tidak pun mewakili suara rakyat dalam membawa perubahan.” Itu tegas selebriti terkenal era 80-an, Abu Bakar Ellah, 66, yang kembali mencuba nasib dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas dua dekad meninggalkan pentas politik. Katanya, masih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah yang jauh ketinggalan walaupun wakil rakyatnya sudah memegang mandat sehingga empat penggal, namun kemajuan asas tetap tidak berubah. “DUN…










