GRS yakin sokongan rakyat menjelang PRN Sabah

GRS yakin sokongan rakyat menjelang PRN Sabah

HAJIJI Noor (tiga dari kanan) ketika hadir sempena Kempen Mega Tamparuli GRS di tapak tamu Pekan Tamparuli, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin dengan sokongan rakyat untuk memilih parti itu dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keyakinan itu berdasarkan pemerhatian di semua kawasan dihadiri sepanjang seminggu kempen selepas hari penamaan calon pada 15 November lalu.

“Melihat di tempat yang saya berkempen, Alhamdulillah, calon GRS-PH ini diterima baik oleh pengundi, mereka memilih untuk kemajuan pada masa akan datang.

“Mereka cakap sudah beri peluang kepada yang lain, jadi mereka mahu kerajaan GRS ini diteruskan untuk lima tahun yang akan datang,” katanya ditemui media selepas Kempen Mega Tamparuli GRS di tapak tamu Pekan Tamparuli, dekat sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Hajiji turut menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan calon GRS untuk memenangi semua empat kerusi DUN di Tuaran iaitu Tamparuli, Kiulu, Sulaman dan Pantai Dalit.

Daripada empat kawasan DUN itu, kerusi DUN Tamparuli menyaksikan saingan paling sengit berikutan pertembungan 13 penjuru, diikuti lapan penjuru di Kiulu, tujuh penjuru di Pantai Dalit dan lima penjuru di Sulaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN