Calon GRS nafi hina masyarakat Bugis

Calon GRS nafi hina masyarakat Bugis

NIZAM ABU BAKAR TITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menafikan dakwaan kononnya beliau pernah berucap tidak memerlukan sokongan masyarakat Bugis.

Nizam menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat disebarkan pihak tertentu menjelang PRN Sabah.

Katanya, tuduhan itu sudah melampaui batas apabila ada individu mengeluarkan ugutan yang disasarkan isterinya.

“Ini sudah bukan politik sihat. Saya telah membuat laporan polis semalam dan mungkin kepada SKMM. Ada yang mengugut mahu lakukan perkara tidak baik kepada isteri saya.

“Polis minta kami buat laporan dan sekiranya individu itu dikenal pasti, mereka akan tangkap,” katanya ketika ditemui selepas program Ceramah Perdana di UU Bay Tinagat di sini, semalam.

Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai budaya politik toksik yang semakin meresap dalam PRN Sabah kali ini.

“Saya berpolitik lama. 2018 tidak begini, 2020 pun tidak begini. Tahun 2025 ini mungkin kerana ada parti yang semakin terdesak untuk mengambil kuasa. 

“Tidak ada isu untuk menghentam saya, jadi mereka guna isu peribadi dan memburukkan jasa arwah bapa saya dan abang saya, Allahyarham Datuk Taufik Abu Bakar Titingan,” jelasnya.

Nizam menegaskan, politik perkauman dan provokasi antara kaum tidak boleh diterima di Sabah kerana masyarakat negeri itu hidup dalam kepelbagaian unik.

“Teknik memecah-belahkan kaum tidak sesuai di Sabah. Kita di Sabah dalam satu keluarga pun ada Islam, ada Kristian. Kita tidak boleh biarkan budaya ini dibawa masuk,” tegasnya.

Beliau turut menyelar tindakan seorang ketua pemuda parti lawan yang didakwa menjadi punca budaya kurang sopan dalam kalangan penyokong muda.

“Saya harap rakyat membuka mata. Jika parti sebegini wujud di Sabah, negeri kita boleh jadi huru-hara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN