TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menafikan dakwaan kononnya beliau pernah berucap tidak memerlukan sokongan masyarakat Bugis. Nizam menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat disebarkan pihak tertentu menjelang PRN Sabah. Katanya, tuduhan itu sudah melampaui batas apabila ada individu mengeluarkan ugutan yang disasarkan isterinya. “Ini sudah bukan politik sihat. Saya telah membuat laporan polis semalam dan mungkin kepada SKMM. Ada yang mengugut mahu…










