PETALING JAYA: Gendang ‘perang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 semakin ‘bergema’ menjelang empat hari sebelum tarikh penamaan calon yang akan mewakili parti masing-masing merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri. Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Maju Sabah (SAPP) memperlihatkan kesediaannya masuk gelanggang apabila sejak kelmarin sudah pun mengumumkan calon masing-masing. Mereka mempertaruhkan gandingan ‘orang baharu’ dan ‘orang lama’ bagi mengikat hati pengundi…










