KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bakal berdepan persaingan enam penjuru bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Bung Moktar dicabar calon daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Johainizamshah Johari; Mohd. Saifulah Lokman (WARISAN) dan Mazlin Madali (Perikatan Nasional). Selain itu, Salahuddin@Salehuddin Anoi (Parti Impian Sabah) dan calon Bebas, Mohd Ismail Ayob. Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO…










