KUALA LUMPUR: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Sandakan dijangka menjadi antara medan perebutan paling hangat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang apabila PKR dan Barisan Nasional (BN) dikatakan bertembung di kawasan sama. Difahamkan, PKR Sabah berhasrat meletakkan calon di Karamunting sebagai sebahagian daripada rundingan pembahagian kerusi menjelang tarikh penamaan pada 15 November ini. Namun pada masa sama, MCA yang merupakan komponen BN turut menuntut kerusi tersebut dan…










