PETALING JAYA: Akuan bersumpah (SD) membabitkan 120 ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan bertujuan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden parti itu. Sebaliknya, bekas pemimpin Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, dokumen itu bagi menggesa supaya usul menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri tidak dibawa dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT). Beliau turut menyifatkan dakwaan SD itu bertujuan mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan adalah naratif daripada ‘kem…










