PONTIAN: UMNO Johor diberi tanggungjawab membantu gerak kerja kempen di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) pada 29 November depan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, DUN tersebut ialah Pantai Dalit dan Sulaman dalam kawasan Parlimen Tuaran serta Pintasan, Tempasuk dan Usukan di Parlimen Kota Belud. Katanya, setiap DUN akan dijaga oleh satu bahagian UMNO di Johor…










