KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengumumkan secara rasmi untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, keputusan itu dibuat berlandaskan aspirasi akar umbi yang mahu pentadbiran negeri dipimpin sepenuhnya oleh parti tempatan tanpa campur tangan agenda luar. “Mereka (rakyat) yang menentukan dan yang mengundi. Bagaimana saya boleh menentang rakyat?” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Jeffrey menegaskan parti…