PN umum pengerusi badan perhubungan negeri-negeri berkuat kuasa hari ini

PN umum pengerusi badan perhubungan negeri-negeri berkuat kuasa hari ini

Badan perhubungan negeri
PN mengumumkan pelantikan pengerusi badan perhubungan negeri-negeri berkuat kuasa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pelantikan pengerusi badan perhubungan negeri yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelantikan tersebut diputuskan menerusi mesyuarat MT yang berlangsung malam tadi.

Beliau berkata, pengumuman pelantikan itu selaras dengan tekad parti untuk terus berusaha memperkukuhkan wadah perjuangan sebagai wahana yang inklusif, progresif dan prihatin rakyat.

Di Johor PN diterajui oleh Datuk Dr. Shahruddin Jamal; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor juga dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Kedah; sementara di Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga menteri besar negeri itu juga mengetuai PN di sana.

Sementara bekas timbalan menteri, Datuk Mas Ermiyati Samsudin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Melaka; Mohamed Hanifah Abu Baker (PN Negeri Sembilan), Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN Pahang) dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN Perak).

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Perlis, Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (PN Pulau Pinang) dan bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN Sabah).

Di Selangor, Mohamed Azmin kekal menerajui PN negeri itu, sementara PN Sarawak pula diketuai oleh Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsudi Mokhtar (PN Terengganu) dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jiddin (PN Wilayah Persekutuan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN