PETALING JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (Sabah) Ke-17 (PRN17). Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor semalam selepas mendapat perkenan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. “Ia sekali gus memberi kuasa kepada rakyat Sabah menggunakan hak demokrasi mereka dan siapa yang akan memimpin mereka kelak. “Keputusan ini juga mencerminkan komitmen kami terhadap proses…